24
Perkhemahan Amali Haji Peringkat Negeri Kedah Tahun 2008
Posted under Berita SMSSMJ by adminPerkhemahan ini telah diadakan pada 23 dan 24 Julai 2008 (Rabu dan Khamis) di SMK Hutan Kampong, Alor Setar. SMSSMJ telah mewakili Daerah Kuala Muda Yan buat kali ketiga berturut-turut. Seramai 40 orang peserta yang terdiri dari 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan tingkatan 4 telah menyertai perkhemahan ini. Mereka dibantu oleh 3 orang pembantu termasuk juru kamera. Empat orang guru telah diminta oleh PPD KMY menyertai dan mengiring para peserta.
Perkhemahan yang diadakan dalam bentuk pertandingan antara 7 daerah dalam negeri Kedah diadili dalam 4 kategori iaitu Amali Haji, Khutbah Arafah dan Kuiz. Pendaftaran bermula pada 23 Julai 2008, pukul 12.30 tgh, hakim mengambil markah aksesori, kemudian pukul 2.00 ptg taklimat dan kuiz di Dewan Besar SMK Hutang Kampong. Selepas solat Asar berjamaah (wajib setiap waktu) perserta bergerak bersama beg ke khemah masing-masing yang dipasang oleh para pembantu. di situ bermula pula pertandingan khutbah Arafah. Selepas solat Isyak bermula pula amalan melontar jamratul Aqabah, bergunting dan melontar ketiga-tiga jamrah. Pada keesokan harinya diadakan pengadilan Tawaf dan Sai. Pertandingan berakhir lebih kurang pukul 11.00 pagi.
Pada pukul 11.30 pagi diadakan majlis penutup. Sekolah/daerah Kuala Muda Yan mendapat tempat kedua dalam Amali Haji dan Johan dalam khutbah manakala kuiz hanya mendapat saguhati sahaja. Oleh itu, daerah ini diistihar sebagai johan keseluruhan Perkhemahan Amali Haji 2008.Kejayaan ini diraikan oleh PPD KMY En Mohammad dan Pengetua SMSSMJ yang turut hadir dalam majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah. Semua pemenang sempat bergambar bersama PPD KMY dan Pengetua SMSSMJ.


